Era Tuchel bermula

Era Tuchel bermula

BERLIN, 16 Ogos (AFP) – Borussia Dortmund memberikan amaran kepada juara bertahan Bayern Munich dalam kemenangan 4-0 ke atas Borussia Moenchengladbach pada aksi pembukaan musim baru Bundesliga semalam.

Selepas Jurgen Klopp meletak jawatan musim lalu, jurulatih baru Dortmund Thomas Tuchel memulakan kendaliannya dengan bergaya apabila pemain sayap kiri Henrikh Mkhitaryan menjaringkan dua gol dan Marco Reus serta Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing menjaringkan satu gol.

Bayern memulakan pemburuan empat gelaran berturut–turut apabila membenam Hamburg 5-0 di laman sendiri Jumaat lalu. Tetapi juara Jerman 2012 itu menggambarkan pasukan Bavaria Pep Guardiola mungkin tidak mendapat semuanya musim ini apabila membenam Gladbach yang selesai di tangga ketiga musim lalu.

“Kekalahan itu jelas. Noktah. Dortmund adalah pasukan yang lebih bagus,” jelas jurulatih Gladbach, Lucien Favre. “Tempo terlalu tinggi bagi kami dan saya perlu mengatakannya. Kami tidak dapat mengawal permainan.”

Dortmund mendahului selepas 15 minit apabila pemain sayap Jerman Reus menyudahkan hantaran Shinji Kawaga, sementara Aubameyang menambah gol kedua apabila menanduk masih hantaran lintang Marcel Schmelzer enam minit kemudian.

Jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel memberikan arahan kepada pemainnya semasa aksi Bundesliga menentang Moenchengladbach di Gelsenkirchen semalam. – Reuters
Jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel memberikan arahan kepada pemainnya semasa aksi Bundesliga menentang Moenchengladbach di Gelsenkirchen semalam. – Reuters

Jaringan Mkhitrayan pada minit ke-33 amat yang menggembirakan 81,359 penyokong Dortmund selepas Aubameyang menembusi pertahanan Gladbach.

Pemain antarabangsa Armenia itu menambah gol keempat Dortmund dan keduanya pada minit ke-50 apabila menyudahkan hantaran Reus dengan Aubameyang juga menunggu untuk menjaringkan gol.

Ia mungkin lima gol ketika Kagawa, yang beraksi cemerlang di bahagian midfield, melepaskan dua rembatan yang tersasar sejurus selepas itu.

Dortmund juga memenangi perlawanan Liga Europa dan Piala Jerman musim ini dengan 12 gol tanpa balas.