Erat hubungan Jepun, Brunei

Erat hubungan Jepun, Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Bagi memperingati penubuhan ke-30 tahun, Pertubuhan Alumni Jepun Brunei (BAJA), Kedutaan Jepun kelmarin telah mengadakan Majlis Resepsi di Kediaman kedutaan Jepun, di sini.

Hadir pada majlis itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki, Presiden BAJA, Dr. Chin Wei Keh dan ahli-ahli BAJA.

Pada majlis itu, Puan Yang Terutama Noriko Iki berucap yang antara lain menyatakan bahawa BAJA adalah rakan yang amat diperlukan bagi Jepun untuk meningkatkan hubungan di antara Brunei dan Jepun dan beliau berasa bersyukur bagi sokongan yang berterusan kepada Kedutaan Jepun di Brunei. Beliau juga berkata bahawa Kedutaan Jepun akan terus menyokong aktiviti-aktiviti mereka.

Sementara itu, Dr. Chin Wei Keh, dalam ucapan balasnya mengatakan beliau juga mahu meneruskan hubungan rapat dengan Kedutaan Jepun untuk meningkatkan jumlah orang Brunei belajar dan juga menghadiri program-program pertukaran budaya di Jepun.

Puan Yang Terutama Noriko Iki bergambar ramai bersama Dr. Chin dan ahli-ahli BAJA.
Puan Yang Terutama Noriko Iki bergambar ramai bersama Dr. Chin dan ahli-ahli BAJA.

Beliau menambah, BAJA akan membuat video untuk mempamerkan pencapaian BAJA dan ahli-ahli alumninya sejak 30 tahun lepas dan akan mengadakan upacara penuh pada Ogos, untuk memperingati sempena ulang tahun ke-30 itu.

Menurut kenyataan BAJA, di sini, kehadiran pada majlis itu nanti bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli BAJA, namun juga syarikat-syarikat Jepun di Brunei seperti Mitsubishi Cooperation, Brunei Methanol Company, Tobishima Corporation dan VAM®BRN Sdn Bhd.

“Saya ingin menyokong inisiatif untuk menyatukan ahli-ahli BAJA dengan syarikat-syarikat Jepun yang kini di Brunei dan juga syarikat-syarikat Jepun yang berpotensi untuk beroperasi di Brunei pada masa akan datang,” Puan Yang Terutama dipetik sebagai berkata.

ARTIKEL YANG SAMA