Erat hubungan mesra sesama warga sekolah

Erat hubungan mesra sesama warga sekolah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN 7 Sept – Sekolah Menengah Berakas (SMB), baru-baru ini, telah mengadakan acara Rentas Desa Tahunan yang diadakan bagi mempromosikan kecergasan dan kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengetua SMB, Liew Yong Kim yang juga turut serta dalam acara memanaskan badan dan seterusnya rentas desa bersama barisan guru-guru lain yang bermula di perkarangan sekolah berkenaan di Jalan Muara.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Antara para pelajar yang menyertai acara Rentas Desa Tahunan sekolah tersebut.
Antara para pelajar yang menyertai acara Rentas Desa Tahunan sekolah tersebut.
Pengetua SMB dan guru-guru yang terlibat bergambar ramai bersama para pemenang rentas desa.
Pengetua SMB dan guru-guru yang terlibat bergambar ramai bersama para pemenang rentas desa.
Pengetua SMB ketika melepaskan para pelajar yang menyertai acara Rentas Desa Tahunan berkenaan.
Pengetua SMB ketika melepaskan para pelajar yang menyertai acara Rentas Desa Tahunan berkenaan.

pg12_150908_d

Menurut kenyataan SMB, perlumbaan berkenaan juga menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara pihak pentadbiran sekolah bersama guru-guru dan para pelajar, selain menjadi platform mencungkil bakat pelajar yang boleh disenaraikan mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah dan seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi.

SMB dalam kenyataannya juga menyentuh mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan melalui acara fizikal seperti ini sekali gus memberikan peluang kepada pelajar untuk mengurangkan tekanan dalam pembelajaran sebelum percutian penggal ketiga yang telah bermula.

ARTIKEL YANG SAMA