Erat hubungan penduduk kampung

Erat hubungan penduduk kampung

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Sebanyak lapan pasukan kelmarin telah menyertai kejohanan bola sepak tujuh orang sepasukan Piala Meggie 2016 yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Bebuloh.

Hadir merasmikan kejohanan itu ialah Ketua Kampung Bebuloh, Haji Mohd Sa’id bin Tundak.

Kejohanan yang disertai oleh penduduk Kampung Bebuloh itu dimenangi oleh Pasukan England, diikuti Pasukan Ivory Coast di tempat kedua, Pasukan France di tempat ketiga dan Pasukan German di tempat keempat.

Pengurus Bebuloh FC, Awang Radzuan bin Mokti selaku penganjur kejohanan menyatakan bahawa kejohanan itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dalam melakukan aktiviti sihat bersama.

Haji Mohd Said bergambar ramai bersama ahli-ahli pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Haji Mohd Said bergambar ramai bersama ahli-ahli pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA