Erat hubungan sesama insan

Erat hubungan sesama insan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pegawai dan kakitangan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), baru-baru ini, telah mengadakan kunjungan muhibah dan lawatan kerja ke Persatuan Hainan sebagai salah satu inisiatif PDI untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti bukan Islam di negara ini.

Rombongan lawatan berkenaan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Dalam lawatan itu, rombongan turut mendengar taklimat mengenai sejarah dan peranan persatuan termasuk aktiviti yang dijalankan sepanjang penubuhannya.

Persatuan Hainan ditubuhkan pada 1940 di Daerah Belait diikuti di Bandar Seri Begawan pada 1967.

Penubuhannya antara lain adalah untuk menggalakkan hubungan dengan persatuan lain sama ada dalam atau luar negara termasuk menggalakkan pendidikan, aktiviti sosial dan khidmat masyarakat.

Gambar ramai ahli Persatuan Hainan dan pegawai Pusat Dakwah Islamiah.
Gambar ramai ahli Persatuan Hainan dan pegawai Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA