Erat hubungan silaturahim jemaah masjid

Erat hubungan silaturahim jemaah masjid

Oleh Imelda Groves Ha

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di masjid berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Batu Marang, Haji Maidin bin Tarip.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid/Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar, yang seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Dalam ucapan tersebut, Awang Saiful Rizal menekankan bahawa majlis sedemikian akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung.

Gambar ramai Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang.
Gambar ramai Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang.

Majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian anugerah sepanjang hayat kepada dua orang mantan imam iaitu Pengiran Haji Samat@Pengiran Haji Shabudin bin Pengiran Haji Abu Bakar yang telah berkhidmat dari tahun 1967 hingga 1996 dan Haji Ahmad@Mat Salleh bin Haji Bini, yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan tausyeh oleh kumpulan Al Wildan dan bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh imam masjid berkenaan, Awang Mohammad Sharine Hadiman bin Sahari.