Erat hubungan silaturahim warga sekolah

Erat hubungan silaturahim warga sekolah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Guru dan murid-murid Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, baru-baru ini, telah mengambil bahagian dalam acara Sukan Ria yang diadakan di sekolah berkenaan.

Sukan Ria yang bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru dan murid sekolah berkenaan, mengetengahkan pelbagai jenis acara termasuk mengumpul gula-gula, memakai pakaian seragam sekolah, memadankan gambar dan mencari barang dalam tepung.

Acara sukan itu juga diharap dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai pentingnya kegiatan riadah atau sukan sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat.

Acara itu merupakan salah satu acara tahunan unit kokurikulum sekolah dan diadakan sebelum cuti penggal pertama persekolahan bermula.

Para guru dan murid-murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang diadakan semasa Sukan Ria berkenaan.
Para guru dan murid-murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang diadakan semasa Sukan Ria berkenaan.

pg04_160321_d

ARTIKEL YANG SAMA