Erat kembali hubungan setia kawan

Erat kembali hubungan setia kawan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Sebagai usaha mengingati ikatan setia kawan yang telah terjalin selama 30 tahun, 65 orang bekas penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) pengambilan tahun 1985, telah mengadakan pertemuan semula di Restoran Seasons, Hotel Centrepoint, Gadong.

Menurut wakil bekas pelajar, Awang Mohd Suhnoromardi bin Haji Suhaimi berkata, “sesuai dengan moto ‘Rakan Sepanjang Hayat’, majlis ini diadakan bagi mengeratkan dan memperbaiki ukhuwah yang sedia ada dan mengambil maklum perkembangan terkini rakan-rakan mereka.”

Majlis juga diselajurkan dengan acara bacaan tahlil bagi guru-guru dan teman-teman sepejuangan yang telah kembali ke rahmatullah dan doa selamat yang dipimpin oleh Haji Suhaimi bin Haji Kamis.

Bekas penuntut SMALHB pengambilan tahun 1985 bergambar ramai ketika pertemuan semula itu.
Bekas penuntut SMALHB pengambilan tahun 1985 bergambar ramai ketika pertemuan semula itu.

ARTIKEL YANG SAMA