Erat kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang

Erat kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, Ahmed Ali Sirohey, hari ini membuat lawatan kerja ke bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB), di Tapak Perindustrian Beribi, Gadong.

Antara agenda lawatan tersebut adalah bagi mewujudkan hubungan kerjasama antara Pesuruhjaya Tinggi Pakistan dengan PPPMB terutama sekali dalam bidang perniagaan dan perdagangan.

Selain itu, ia juga merupakan satu usaha bagi kedua belah pihak untuk meningkatkan logistik antara kedua-dua negara dalam membawa pelabur dari Pakistan ke arah usaha sama dengan ahli-ahli PPPMB dalam pelbagai bidang: termasuk dalam bidang pertanian, farmaseutikal, tekstil, produk halal dan lain-lain.

Gambar ramai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan bersama warga PPPMB semasa kunjungan tersebut.
Gambar ramai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan bersama warga PPPMB semasa kunjungan tersebut.

Ke arah merealisasikan tujuan tersebut, Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan telah membuat sokongan lanjut dengan memberikan biasiswa penuh daripada kerajaan Pakistan dalam kajian pertanian di 17 buah universiti di Pakistan bagi PPPMB.

Dalam lawatan tersebut, Ahmed juga membentangkan kertas kerja mengenai sifat perniagaan dan sektor ekonomi di Pakistan.