Erat kerjasama kebudayaan Brunei dan Vietnam

Erat kerjasama kebudayaan Brunei dan Vietnam

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan erat, persefahaman dan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan kesenian di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Sosialis Vietnam, satu memorandum persefahaman ditandatangani oleh kedua-dua negara yang diadakan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

Hadir menyaksikan penandatanganan itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri, Chairman of President Office di Republik Sosialis Vietnam, Dao Viet Trung.

Menurut kenyataan di sini, menandatangani bagi wakil negara ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan menandatangani bagi pihak Republik Sosialis Vietnam ialah Timbalan Menteri di Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Vuong Duy Bien.

Penandatangan MoU bersempena dengan lawatan kerja Presiden Republik Sosialis Vietnam ke negara ini mempersetujui untuk saling bekerjasama dalam bidang kebudayaan dan kesenian seperti pertukaran bahan dalam promosi kebudayaan dan kesenian, pertukaran lawatan antara pegawai dan pakar, pertukaran buku dan penerbitan, serta penyertaan dalam dialog budaya, persidangan, seminar dan pameran.

ARTIKEL YANG SAMA