Erat silaturahim antara Muslimah

Erat silaturahim antara Muslimah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Sempena menyambut Awal Tahun Hijrah 1437, ahli Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah yang berlangsung di masjid berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Bahagian Muslimah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Hajah Alizah binti Pengiran Haji Tahir.

Sambutan tersebut diisikan dengan ceramah khas yang menyentuh mengenai penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W serta penghijrahan dalam diri kepada yang lebih baik dan berkualiti dengan tajuk ‘Berhijrah untuk Membangun’ disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Jofri bin Haji Hidup.

Antara Muslimah yang menghadiri majlis sambutan Awal Tahun Hijrah di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, kelmarin.
Antara Muslimah yang menghadiri majlis sambutan Awal Tahun Hijrah di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, kelmarin.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan pembacaan Al-Quran secara Murattal oleh Muslimah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah yang merupakan pemenang tempat ketiga di pertandingan akhir membaca Al-Quran secara Murattal bagi kelas bimbingan Muslimah Masjid Senegara 2015.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan Muslimah masjid berkenaan untuk mengimarahkan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan menjalin hubungan silaturahim di antara ahli.

ARTIKEL YANG SAMA