Erat silaturahim jemaah masjid

Erat silaturahim jemaah masjid

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Rombongan dari Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun semalam mengadakan kunjungan ke Masjid Kampung Lumapas sebagai salah satu aktiviti dalam program mengeratkan silaturahim dalam kalangan jemaah masjid.

Rombongan seramai 30 orang itu diketuai oleh Imam Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd Hussein.

Ketika berada di Masjid Kampung Lumapas, rombongan turut mengadakan Dikir Maulud sempena sambutan Maulidur Rasul yang diikuti solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Kunjungan ke Masjid Kampung Lumapas turut dimuatkan dengan Dikir Maulud sempena sambutan Maulidur Rasul.
Kunjungan ke Masjid Kampung Lumapas turut dimuatkan dengan Dikir Maulud sempena sambutan Maulidur Rasul.
Gambar ramai rombongan Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun dan ahli Masjid Kampung Lumapas.
Gambar ramai rombongan Masjid Al-Muhtadee Billah, Sungai Kebun dan ahli Masjid Kampung Lumapas.

ARTIKEL YANG SAMA