Erat silaturahim, kenali lebih dekat pembesar negara

Erat silaturahim, kenali lebih dekat pembesar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Lebaran tidak lengkap jika tidak kunjung mengunjungi ke rumah sanak saudara, sahabat handai dan tidak terkecuali ke rumah orang kenamaan.

Ziarah ke rumah kenamaan ini termasuklah rumah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof di Kampung Jangsak dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Hussain di kediamannya di Kampung Burung Pingai, Berakas.

Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim, malah mengenali lebih dekat lagi orang kenamaan ini. – Haji Mohd Daud Abdul Rahman

Mengambil peluang bergambar ramai semasa mengunjungi kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Mengambil peluang bergambar ramai semasa mengunjungi kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

ARTIKEL YANG SAMA