Erat silaturahim melalui sukan

Erat silaturahim melalui sukan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 13 Mac – Bagi mengeratkan silaturahim Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah rendah di daerah ini, PIBG Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, hari ini, telah mengadakan Sukan RIA PIBG yang berlangsung di kompleks sukan sekolah berkenaan, di sini.

Acara yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh persatuan berkenaan telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merussin.

Sebanyak tujuh buah PIBG dari beberapa buah sekolah di daerah ini telah menyertai suka ria tersebut, yang bermatlamat untuk mengeratkan silaturahim dan semangat setiakawan serta kerjasama di antara ahli-ahli PIBG sekolah rendah yang ada di Daerah Temburong.

Sebanyak 16 acara sukan ria dipertandingkan di samping peraduan mewarna bagi kanak-kanak dan pameran motosikal.

Penghulu Mukim Bangar semasa merasmikan Sukan Ria PIBG.
Penghulu Mukim Bangar semasa merasmikan Sukan Ria PIBG.
Antara aktiviti yang dilakukan bagi memeriahkan acara berkenaan.
Antara aktiviti yang dilakukan bagi memeriahkan acara berkenaan.
Antara yang turut serta dalam sukan ria tersebut.
Antara yang turut serta dalam sukan ria tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA