Erat silaturahim melalui sukan

Erat silaturahim melalui sukan

Oleh Siid

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – SETIA Protective Security Services (SPSS) Zone 1, baru-baru ini telah mengadakan Acara Sukan Sepak Takraw SPSS Kompeni ‘D’ Shift ‘A’ yang diadakan di Sekolah Sukan, Kementerian Pendidikan Brunei.

Empat buah pasukan telah ikut serta dalam acara tersebut yang telah dimenangi oleh Zone 1, sementara Zone 4 menduduki di tempat kedua, manakala Zone 3 dan Zone 2 masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Acara yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengawal-pengawal keselamatan SPSS, di samping untuk sama-sama menjalani cara hidup yang sihat.

Gambar ramai di akhir acara tersebut.
Gambar ramai di akhir acara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA