Erat silaturahim melalui sukan

Erat silaturahim melalui sukan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahli media tempatan dengan pegawai dan kakitangan Bank Standard Chartered (SCB), satu perlawanan bola keranjang persahabatan telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan Pasukan Bola Keranjang SCB yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan SCB menentang pasukan bola keranjang gabungan media dan rakan-rakan (M&F) di mana SCB Brunei berjaya menewaskan M&F, 68-60.

Selain daripada mengeratkan lagi hubungan silaturahim menerusi kegiatan sukan itu, ia juga bagi mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Pasukan Bola Keranjang SCB Brunei dan Pasukan Bola Keranjang M&F bergambar ramai sebelum per-lawanan persahabatan dimulakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Da-russalam, Gadong, kelmarin.