Erat silaturahim melalui sukan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Bagi mengeratkan silaturahim dan ukhwah antara pegawai dan kakitangan, satu kejohanan ping pong telah diadakan baru-baru ini di Dewan Menglait, Gadong.

Acara tahunan itu yang dianjurkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan bermatlamat untuk mengeratkan silaturahim dan ukhwah antara pegawai dan kakitangan di bawah jabatan berkenaan di samping menjadikannya gaya hidup yang sihat.

Pada kejohanan itu, Pengiran Ahmad Tajuddin bin Pengiran Haji Tengah, Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Mahadi dan Haji Ramadan bin Majid masing-masing telah menjuarai Kategori Perseorangan dan Kategori Beregu di kejohanan itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, Haji Abdul Malek bin Haji Hashim.

Haji Abdul Malek menyampaikan piala kepada juara bagi Kategori Perseorangan.