Erat silaturahim pada musim cuti

Erat silaturahim pada musim cuti

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Sempena cuti persekolahan 2015, keluarga Haji Tassim bin Bakar telah mengadakan sambutan Hari Keluarga di kediaman Ismail di Kampung Sumbiling, Limbang, Sarawak, kelmarin.

Majlis yang pertama kali diadakan oleh keluarga Haji Tassim itu dihadiri oleh sanak saudaranya dari Brunei, Sarawak dan Sabah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim ahli keluarganya.

Menurut Haji Tassim, ada di antara mereka sudah tidak bersua muka sejak 20 tahun yang lalu dan kemeriahan majlis benar-benar terasa apabila masing-masing berkongsi pengalaman pahit manis.

Sambutan Hari Keluarga berkenaan juga dimeriahkan dengan aktiviti membuat makanan tradisi Melayu ‘kelupis’, majlis bacaan tahlil dan Dikir Maulud.

Gambar ramai keluarga Haji Tassim ketika sambutan Hari Keluarga di Kampung Sumbiling, Limbang, Sarawak.
Gambar ramai keluarga Haji Tassim ketika sambutan Hari Keluarga di Kampung Sumbiling, Limbang, Sarawak.

ARTIKEL YANG SAMA