Erat silaturahim penduduk kampung

Erat silaturahim penduduk kampung

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Jerudong hari ini telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung bagi kampung berkenaan.

Hadir pada majlis berkenaan ialah para penduduk kampung, ahli AJK dan para jemputan khas.

Majlis yang juga merupakan aktiviti tahunan masjid tersebut bertujuan bagi mendoakan keluarga dan saudara-mara yang telah kembali ke rahmatullah dan di samping itu juga bagi mengeratkan persefahaman dan silaturahim dalam kalangan AJK Takmir masjid dan penduduk kampung berkenaan.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid diikuti dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa arwah.

Antara AJK dan penduduk kampung yang terlibat pada majlis berkenaan.
Antara AJK dan penduduk kampung yang terlibat pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA