Erat silaturahim sesama jabatan

Erat silaturahim sesama jabatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan bersama keluarga, baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan Armada Properties Sdn Bhd yang diadakan di Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Kementerian Kewangan diketuai oleh Pegawai Perolehan, Dayang Sheradi Khartini binti Gidi Zaman bersama Ketua Jurulatih, Awang Serudin bin Haji Mohammad dan Haji Abdul Aziz bin Haji Japar selaku pengurus.

Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada di antara jabatan-jabatan dan membangunkan rasa yang lebih mendalam terhadap kesukanan di samping sebagai platform ke arah hidup yang sihat.

Perlawanan pertama telah diadakan pada 28 November tahun lepas di Kompleks Sukan Armada di Rimba yang dihoskan oleh Armada dan kemudian dibalas oleh pegawai-pegawai dan kakitangan untuk jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kewangan dan keluarga pada 9 Januari lalu.

Sesi bergambar ramai selepas perlawanan itu.
Sesi bergambar ramai selepas perlawanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA