Erat silaturahim sesama rakan kerja

Erat silaturahim sesama rakan kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Pengawal Keselamatan SPSS Kompeni Delta Shif A hari ini, menganjurkan perlawanan futsal pantai yang diadakan di Pantai Muara, di sini. Empat pasukan iaitu Zone 1, Zone 2, Zone 3 dan Zone 4 telah ikut serta dalam perlawanan tersebut.

Acara tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara pengawal keselamatan SPSS Kompeni Delta Shif A. Tampil sebagai pemenang pada acara tersebut ialah Zone 3, tempat kedua pula dimenangi oleh Zone 1 dan Zone 4 di tempat ketiga. – Siid

Juara acara tersebut Pasukan Zone 3.
Juara acara tersebut Pasukan Zone 3.