Eratkan hubungan bersama saudara baru

Eratkan hubungan bersama saudara baru

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Rokiah Mahmud

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama Islam terutama saudara-saudara baru (muallaf) di Kampung Bebuloh, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama muallaf Kampung Bebuloh yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Bebuloh, juga selaku pengerusi majlis, Haji Muhd Said bin Tundak.

Antara objektif acara tahunan PDI ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kementerian amnya dan PDI khasnya dengan para muallaf serta memberi peluang kepada yang bukan Islam untuk turut sama-sama memeriahkan Aidilfitri.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menyampaikan hadiah semasa Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama muallaf Kampung Bebuloh yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menyampaikan hadiah semasa Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama muallaf Kampung Bebuloh yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.