Eratkan hubungan melalui aktiviti berkebajikan

Eratkan hubungan melalui aktiviti berkebajikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Seramai 12 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bebuloh bersama anggota Balai Polis Limau Manis, baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Besar Kampung Bebuloh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, aktiviti kebajikan tersebut dihadiri oleh Ketua Kampung Bebuloh, Haji Mohd Sa’id bin Tundak.

Acara yang bermula seawal 7 pagi itu juga turut dihadiri oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Haji Mohd Shamsul Bahreen bin Haji Abu Bakar dan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Percubaan Mohd Hazizul bin Haji Abdul Halim.

Selain menjalankan aktiviti-aktiviti berkebajikan, ia juga dihasratkan dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara anggota polis dan penduduk di kampung tersebut.

Gambar ramai bersama anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung tersebut.
Gambar ramai bersama anggota polis dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA