Eratkan hubungan melalui sukan

Eratkan hubungan melalui sukan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahli media tempatan dengan pegawai dan kakitangan Bank Standard Chartered (SCB), satu perlawanan bola keranjang persahabatan telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan Pasukan Bola Keranjang SCB yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan SCB termasuk Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Rino Donosepoetro menentang pasukan bola keranjang gabungan media dan rakan-rakan (M&F) di mana SCB Brunei berjaya menewaskan M&F, 80-64.

Selain dari mengeratkan lagi hubungan silaturahim, menerusi kegiatan sukan itu, ia dapat mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Pasukan Bola Keranjang SCB Brunei dan Pasukan Bola Keranjang M&F bergambar-ramai sebelum perlawanan persahabatan dimulakan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap.
Pasukan Bola Keranjang SCB Brunei dan Pasukan Bola Keranjang M&F bergambar-ramai sebelum perlawanan persahabatan dimulakan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA