Eratkan hubungan melalui sukan

Eratkan hubungan melalui sukan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Kelab Sukan dan Sosial National Insurance Company Berhad, baru-baru ini, mengadakan kejohanan boling untuk kakitangannya yang berlangsung di Pusat Boling MegaStrike, Airport Mall.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh National Insurance Company Berhad, hadiah-hadiah bagi para pemenang di dalam kejohanan itu telah disampaikan oleh Persiden kelab berkenaan, Chieng Chiew Wei.

Kejohanan itu merupakan salah satu dari kegiatan yang dianjurkan oleh pihak syarikat untuk menggalakkan kakitangan mereka untuk bergiat aktif dalam kegiatan-kegiatan sukan dan pada masa yang sama, meningkatkan lagi hubungan persahabatan serta kerjasama di antara kakitangan dari pelbagai jabatan yang berbeza.

Selain itu, kelab berkenaan juga akan mengadakan Kem Bola Sepak Junior Allianz 2015 bersama rakan rasmi kelab bola sepak, FC Bayern Munchen, di Munich, Jerman.

Sehubungan itu, pendaftaran kem bola sepak berkenaan kini dibuka untuk penyertaan warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia di antara 14 hingga 16 tahun. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Jun.

pg22_150606_b

Dua orang pemain bola remaja yang berjaya akan dipilih untuk menyertai kem berkenaan serta berpeluang bertemu dengan bintang-bintang FC Bayern Munchen dan mengambil bahagian dalam latihan bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih rasmi kelab berkenaan.

Di samping itu, mereka juga akan berpeluang melawat bandar Munich dan menyaksikan perlawanan pasukan FC Bayern Munchen secara langsung di Arena Allianz. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar menyertai kem itu, mereka boleh melayari laman sesawang, www.allianz.com/AJFC atau www.fcbayern.de/AJFC.

Pendaftaran bagi menyertai kem itu adalah percuma dan bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghantar e-mel kepada Amin di amin@national.com.bn.

ARTIKEL YANG SAMA