Eratkan lagi hubungan kekeluargaan

Eratkan lagi hubungan kekeluargaan

Oleh Haji Ahmad Haji Salim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Walaupun bulan Syawal sudah di penghujungnya, namun kemeriahan dan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa dengan adanya acara rumah terbuka yang diadakan oleh pihak kementerian, jabatan, mukim, kampung serta orang-orang perseorangan.

Peluang ini tidak disia-siakan oleh keluarga Allahyarham Haji Ibrahim bin Bakar yang telah mengadakan rumah terbuka baru-baru ini, yang berlangsung di kediaman salah seorang anak Allahyarham, Haji Esmit bin Haji Ibrahim di Rancangan Perumahan Kampung Mentiri, Jalan Kota Batu di sini.

Menurut Haji Esmit, tujuan utama majlis rumah terbuka ini diadakan adalah untuk menyatupadukan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada, terutama bagi ahli keluarga yang kini tinggal berjauhan.

Beliau seterusnya berkata, “walaupun majlis tersebut diadakan di penghujung bulan Syawal, ini tidak bermakna hubungan silaturahim kalangan keluarga akan hilang begitu sahaja, malahan hubungan itu tetap diteruskan dan dieratkan lagi di bulan-bulan seterusnya dan selamanya.”

Gambar ramai keluarga besar Allahyarham Haji Ibrahim.
Gambar ramai keluarga besar Allahyarham Haji Ibrahim.

Majlis tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai seluruh kaum keluarga dikuti dengan bacaan doa selamat oleh Haji Bakar bin Haji Ibrahim dan seterusnya beramah mesra sambil menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA