ERC agihkan juadah berbuka di masjid Al-Aqsa

ERC agihkan juadah berbuka di masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, Palestin, 6 Julai (Agensi) – Pasukan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (ERC), telah mengagihkan 1,000 juadah berbuka puasa, di perkarangan Masjid Al-Aqsa, semenjak dua hari lepas, sebagai sebahagian program Ramadannya di Palestin, menurut laporan Agensi Berita Emirates (WAM).

Pejabat ERC di Palestin telah menyelia juadah Iftar tersebut, yang memperlihatkan jumlah kehadiran besar disebabkan kehadiran berterusan mereka di Jerusalem dan Al-Aqsa, sejak bertahun-tahun.

Sheikh Azzam Khatib, Ketua Pengarah Jabatan Awqaf Jerusalem, berkata, ERC telah mempunyai kehadiran berterusan di Al-Aqsa.

Dia menyatakan bahawa makanan diagihkan setiap hari di kalangan mereka yang berpuasa di Khassaki Sultan Tekke, yang ditaja oleh ERC.

ERC menyediakan kira-kira 1,000 juadah berbuka puasa setiap hari.

Umat Islam di sana ketika menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan. – AFP
Umat Islam di sana ketika menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan. – AFP