Erdogan akan ke Rusia pada 9 Ogos

Erdogan akan ke Rusia pada 9 Ogos

MOSCOW, 26 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan mengunjungi Rusia pada 9 Ogos ini bagi pertemuan pertamanya bersama Vladimir Putin sejak Moscow dan Ankara menjalin hubungan yang dimusnahkan oleh penembakan jatuh sebuah jet Rusia tahun lepas, kata pegawai Turki hari ini.

“Duta telah mengesahkan kepada kami bahawa presiden kami (Erdogan) telah mengesahkan bahawa dia akan berada di Saint Petersburg pada 9 Ogos,” agensi berita Rusia memetik Timbalan Perdana Menteri Turki, Mehmet Simsek sebagai berkata.

Seorang pegawai di Turki mengesahkan tarikh itu, berkata bahawa Erdogan dan Putin telah bersetuju untuk bertemu menjelang sidang kemuncak G20 di China pada September.

Simsek pegawai tertinggi Turki ke Rusia sejak penembakan jatuh jet Rusia pada November di sempadan Syria telah mencetuskan krisis hubungan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Katanya, dia berada di Moscow untuk bertemu dengan rakan sejawat Rusia, Arkady Dvorkovich dalam usaha untuk ‘memulihkan situasi dan hubungan kami secepat mungkin dan pada langkah seterusnya’.

Dvorkovich memberitahu media Rusia bahawa dia telah membincangkan pelbagai bidang projek-projek pelaburan dengan Simsek, termasuk penyambungan semula rundingan, yang dibekukan pada Disember, ke atas projek TurkStream bagi menyalurkan gas ke Turki dan selatan Eropah.

Jurucakap Kremin, Dmitry Peskov memberitahu para wartawan bahawa agenda bagi mesyuarat Putin bersama Erdogan belum lagi dimuktamadkan namun kedua-dua pemimpin itu ‘mempunyai perkara untuk dibincangkan’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA