Erdogan beri amaran kegiatan nuklear Rusia

Erdogan beri amaran kegiatan nuklear Rusia

ISTANBUL, 8 Okt (Reuters) – Presiden Turki Tayyip Erdogan memberitahu Rusia terdapat tempat lain di mana Turki boleh mendapatkan gas asli dan negara lain yang boleh membina kilang nuklear pertamanya, ekoran serangan Rusia di ruang udara Turki ketika kempen udaranya di Syria.

Pesawat udara Rusia telah memasuki ruang udara Turki sebanyak dua kali pada hujung minggu. Jet Turki F-16 juga telah diganggu oleh sistem peluru berpandu dan kapal terbang yang tidak dkenalpasti sejak itu.

“Kami tidak dapat menerima keadaan sekarang. Penjelasan Rusia mengenai pencabulan ruang udara adalah tidak meyakinkan,” akhbar Turki Sabah dan yang lainnya memetik Erdogan sebagai memberitahu wartawan ketika beliau berlepas ke Jepun untuk lawatan rasmi.

Beliau berkata beliau berasa marah mengenai apa yang telah berlaku namun buat masa sekarang tidak merancang untuk bercakap kepada Presiden Rusia Vladimir Putin.

“Ia merupakan isu untuk difikirkan oleh Rusia. Jika Rusia tidak membina Akkuyu (kilang nuklear di selatan Turki), negara lain akan datang dan membinanya,” kata beliau.

Turki pada 2013 melantik Rosatom milik kerajaan Rusia untuk membina empat reaktor 1,200 megawat, tetapi satu tarikh permulaan untuk projek kilang tenaga nuklear pertama Turki masih belum ditetapkan.