Perisian VW dihidupkan di Eropah

Perisian VW dihidupkan di Eropah

FRANKFURT, 8 Okt (Reuters) – Perisian Volkswagen yang digunakan untuk menipu ujian pelepasan telah dihidupkan di dalam kenderaan diesel di Eropah, akhbar harian Jerman Sueddeutsche Zeitung melaporkan hari ini, memetik daripada Volkswagen.

Pembuat kereta Jerman itu mengakui bulan lalu menipu Amerika Syarikat (AS) bagi ujian pelepasan dan sejak itu berkata, kira-kira 11 juta kereta di seluruh dunia menggunakan pemasangan perisian tersebut.

Tetapi VW telah berhenti daripada mengatakan sama ada perisian tersebut dihidupkan dalam kenderaan di luar AS.

Akhbar itu memetik VW sebagai berkata, pembuat kereta itu kini mengetahui AS dan Eropah telah mengiktiraf prosedur ujian terhadap perisian tersebut.

Volkswagen tidak dapat dihubungi untuk mengulas lebih lanjut mengenai laporan itu.

Krisis perniagaan terbesar dalam sejarah 78 tahun Volkswagen telah menghapuskan sekitar satu pertiga daripada harga sahamnya, memaksa ketua eksekutif lama meletak jawatan dan turut menggemparkan industri kereta global dan syarikat kenderaan Jerman yang sudah maju itu.

ARTIKEL YANG SAMA