Erdogan bidas kebisuan Eropah

Erdogan bidas kebisuan Eropah

ANKARA, 16 Mei (NNN) – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Ahad membidas kebisuan Eropah terhadap hukuman mati seorang pemimpin Islam veteran di Bangladesh, menuduh Barat “pilih kasih.”

“Jika menentang hukuman politik, kenapa anda tetap berdiam diri terhadap pelaksanaan hukuman Motiur Rahman Nizami yang telah mati syahid beberapa hari lalu,” kata Erdogan dalam rancangan televisyen di Istanbul.

“Ada anda mendengar sesuatu dari Eropah?… Tidak. Bukankah ia digelar pilih kasih?” ujar Erdogan.

Nizami, pemimpin parti Jamaat-e-Islami, dihukum gantung hingga mati di penjara Dhaka pada lewat Selasa atas kesalahan membunuh para intelektual ketika perang kemerdekaan dengan Pakistan.

Bekas menteri kerajaan berusia 73 tahun itu adalah yang kelima dan merupakan tokoh pembangkang paling senior sejak kerajaan sekular dalam negara penduduknya beragama Islam itu menubuhkan satu kontroversi tribunal jenayah perang pada tahun 2010.

Presiden Turki ketika menyuarakan perkara tersebut. – AP
Presiden Turki ketika menyuarakan perkara tersebut. – AP

Dalam bantahan itu, Turki pada Khamis lepas memanggil balik dutanya di Bangladesh bagi perundingan.

Sejak memegang tampuk kuasa pada 2002, parti memerintah Turki AKP telah berusaha untuk meningkatkan kuasa negara itu dalam dunia Islam.

Tahun lepas, Erdogan mengutuk hukuman mati kepada presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi, yang merupakan sekutu dekat Ankara sehingga ia digulingkan oleh tentera pada 2013.

Ketika waktu itu beliau mengutuk Barat kerana membutakan mata terhadap “rampasan kuasa” oleh ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi yang ketika ini menjadi presiden.