Erdogan bidas sekutu sokong rampasan kuasa

Erdogan bidas sekutu sokong rampasan kuasa

ISTANBUL, 3 Ogos – Presiden Recep Tayyip Erdogan membidas sekutu-sekutu Barat Turki berhubung rampasan kuasa yang gagal bulan lalu, dengan menuduh mereka menyokong ‘keganasan’ dan menuntut Washington menyerah balik seorang pendakwah yang menurut beliau telah mengatur rampasan kuasa itu.

Erdogan, yang menyalahkan seorang pendakwa dari AS, Fethullah Gulen di atas cubaan untuk menggulingkan beliau,dan menyifatkan rampasan 15 Julai itu sebagai ‘senario yang digubah dari luar’ tanpa secara langsung penglibatan asing.

Dan beliau membidas AS kerana berlengah-lengah berhubung permintaan Ankara supaya menyerah balik Gulen, dengan menyifatkannya sebagai ‘halangan besar’ kepada usaha Turki menentang keganasan.

Sejak rampasan kuasa itu, Erdogan melaksanakan tindakan tanpa henti, dengan menahan lebih 18,000 orang dan memecat berpuluh-puluh ribu orang lagi, dengan tindakan terbaru melanda pertubuhan bola sepak Turki dan kakitangan perubatan di sebuah hospital tentera Ankara.

Penyingkiran itu telah menimbulkan kebimbangan di Barat, yang semakin menyuarakan kebimbangan berhubung skop operasi itu, yang mengundang respons garang dari Erdogan.

“Malangnya, pihak Barat menyokong keganasan dan berdiri teguh di sisi perancang rampasan kuasa,” Erdogan berkata dalam ucapan yang lazimnya suka berdebat di istana presiden, dengan menyelar ‘mereka yang kami bayangkan menjadi rakan.”

Beliau membidas pihak berkuasa keadilan Jerman kerana tidak membenarkannya berucap melalui hubungan video pada perhimpunan hujung minggu yang menyokong beliau di Cologne, dengan mengatakan Berlin sebelum ini membenarkan para pemimpin dari parti yang telah diharamkan, Parti Pekerja Kurdistan(PKK) untuk berbuat demikian pada acara-acara sebelumnya.

Dan beliau menuduh kuasa-kuasa asing kerana terlibat dalam mengatur rampasan kuasa, yang dilancarkan oleh kumpulan yang berniat jahat dalam ketenteraan. – AFP