Erdogan capai reformasi undang-undang

Erdogan capai reformasi undang-undang

ANKARA, 8 Jun – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah menandatangani reformasi untuk menjadikan undang-undang yang menarik balik kekebalan bagi para ahli undangan, menurut pejabat beliau, dalam langkah yang menurut para pengkritik bertujuan mengusir Ahli Parlimen pro Kurdish dari parlimen.

Kelulusan Erdogan itu dibuat lewat semalam, kurang sebulan selepas parlimen membentuk reformasi yang begitu berkontroversi, yang menarik balik kekebalan 138 ahli majlis undangan dari semua parti yang mungkin berdepan pendakwaan.

Parti pro Kurdish, iaitu Parti Demokratik Rakyat (HDP) berkata langkah itu, yang dibentuk dan disokong oleh parti Erdogan, iaitu Parti Pembangunan dan Keadilan(AKP) benar-benar bertujuan mengusir anggotanya dari parlimen.

Kerajaan Erdogan melihat HDP sebagai medan politik bagi Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang dianggap kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekutu Baratnya.

Reformasi itu boleh menyaksikan berbelas-belas ahli undangan HDP berdepan pendakwaan jenayah dan kehilangan kerusi parlimen atas tuduhan menyokong PKK, yang telah memperjuangkan pemberontakan selama tiga dekad di tenggara.

Erdogan ketika bercakap kepada media di luar Pusat Latihan Haseki dan Hospital Penyelidikan di Istanbul semalam selepas melawat mangsa yang cedera oleh letupan akibat serangan bom yang mensasarkan bas polis di daerah Vezneciler. Erdogan telah menandatangani reformasi untuk menjadikan undang-undang yang menarik balik kekebalan bagi para ahli undangan. – AFP
Erdogan ketika bercakap kepada media di luar Pusat Latihan Haseki dan Hospital Penyelidikan di Istanbul semalam selepas melawat mangsa yang cedera oleh letupan akibat serangan bom yang mensasarkan bas polis di daerah Vezneciler. Erdogan telah menandatangani reformasi untuk menjadikan undang-undang yang menarik balik kekebalan bagi para ahli undangan. – AFP

Sekiranya ahli undangan HDP mening-galkan parlimen, ia akan memudahkan cara bagi Erdogan untuk merealisasikan matlamatnya memindah perlembagaan untuk mewujudkan sistem presiden dan seterusnya mengukuhkan kuasanya.

HDP, kumpulan parti ketiga terbesar dalam parlimen, berkata rang undang-undang, yang telah diluluskan oleh parlimen pada 20 Mei, boleh membawa kepada pendakwaan 50 ahli undangannya dari kontinjen berjumlah 59.

Awal bulan ini, penolong pemimpin HDP yang berkarisma, Selahettin Demirtas berkata dia ‘tidak akan takut dibicarakan.’

Bagaimanapun katanya tuduhan yang dihadapinya dan juga ahli parlimen lain parti itu berpunca dari pencarian bagi ‘belas dendam politik’.

Canselor Jerman Angela Merkel bulan lalu memberitahu Erdogan tentang ‘kebimbangan mendalamnya’ terhadap undang-undang itu. – AFP