Erdogan kunjungi tapak pengeboman Ankara

Erdogan kunjungi tapak pengeboman Ankara

ANKARA, 14 Okt – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini membuat kunjungan ke tapak pengeboman berkembar pada hujung minggu lalu di Ankara, ketika beliau berusaha untuk mengetepikan kritikan terhadap kesilapan keselamatan dalam serangan maut negara itu.

Bersama dengan rakan sejawatan dari Finland, Sauli Niinisto, Erdogan meletakkan kalungan bunga di depan stesen kereta api bandar raya itu di mana dua penyerang nekad meletupkan diri mereka pada Sabtu lalu dalam perhimpunan mereka yang berhaluan kiri dan aktivis pro Kurdish yang menghadiri rapat aman itu, membunuh 97 orang. Tiga pegawai polis tertinggi Turki dipecat hari ini kerana letupan berkembar hujung minggu lalu di Ankara.

Kementerian dalam negeri Turki berkata pegawai –pegawai terbabit yang dipecat termasuk ketua polis bagi kawasan Ankara, begitu juga dengan perisikannya dan ketua-ketua keselamatan awam, di tengah-tengah dakwaan kesilapan keselamatan.

Erdogan mengakui terdapat kelemahan keselamatan tetapi berkata skalanya hanya dijelaskan kemudian. Beliau telah mengarahkan penyiasatan peringkat tinggi ke atas pengeboman itu.

Kerajaan berkata kumpulan Negara Islam (IS) adalah suspek utama dalang serangan, yang juga mencederakan lebih dari 500. Pengeboman meningkatkan ketegangan politik ketika Turki bersedia bagi pilihan raya pada 1 November, dengan poliriasasi dalam negara itu sekarang lebih besar dari sebelumnya.

Erdogan bersama dengan Sauli Niinisto menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di tapak pengeboman berkembar, di hadapan stesen kereta api bandar Ankara hari ini. – AFP
Erdogan bersama dengan Sauli Niinisto menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di tapak pengeboman berkembar, di hadapan stesen kereta api bandar Ankara hari ini. – AFP

Terdapat petanda meningkat bahawa pihak berkuasa menumpukan bagi kemungkinan kaitannya dengan kejadian pengeboman nekad 20 Julai lalu pada rapat aman di Suruc di sempadan Syria yang membunuh 34 orang.

Kerajaan menyalahkan IS bagi serangan itu, yang juga menyasarkan perhimpunan pro Kurdih dan aktivis berhaluan kiri. – AFP