Erdogan lulus kerajaan baru

Erdogan lulus kerajaan baru

ANKARA, 25 Mei – Presiden Turki semalam meluluskan satu kerajaan baharu dibentuk sekutu paling dipercayainya, yang segera menyatakan hasrat melaksanakan pembaharuan perlembagaan sekali gus melanjutkan kuasa presiden.

Perdana Menteri baharu, Binali Yildirim, menggantikan Ahmet Davutoglu, yang meletak jawatan Ahad lalu.

Davutoglu tidak sependapat dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, termasuk memberi sokongan suam-suam kuku terhadap satu pembaharuan perlembagaan bagi memberi kuasa eksekutif kepada tugas presiden yang sebahagian besarnya berbentuk istiadat.

“Kami akan segera memulakan tugas merombak perlembagaan baru termasuk satu sistem presiden. “Keutamaan kami ialah untuk menjadikan perlembagaan lebih harmoni dengan situasi kerajaan berkaitan hubungan presiden dengan rakyat,” kata Yildirim, 60, kepada pembuat dasar Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) dalam ucapan pertamanya selepas dilantik.

Yildirim sebelum ini adalah bekas menteri pengangkutan dan komunikasi. Ramai bimbang, sistem yang ingin dirombak Erdogan akan menumpukan terlalu banyak kuasa di tangan diktator Turki itu.

Erdogan (kanan) berjabat tangan dengan Yildirim sebelum mesyuarat pertama kabinet di Istana Presiden di Ankara, kelmarin. – AP
Erdogan (kanan) berjabat tangan dengan Yildirim sebelum mesyuarat pertama kabinet di Istana Presiden di Ankara, kelmarin. – AP

Beliau terkenal untuk sebab-sebab kejam mengguna pakai gaya kuku besi ketika memerintah, mengenakan tindakan keras ke atas media dan pengkritik kerajaan serta dituduh campur tangan dalam menguruskan kerajaan dalam pelanggaran perlembagaan.

Kerajaan baharu, yang mana Yildirim dipercayai secara meluas berunding dengan Erdogan, termasuk sembilan nama baharu, walaupun kebanyakan menteri daripada Kabinet Davutoglu mengekalkan portfolio penting.

Ia termasuk Mevlut Cavusoglu, kekal sebagai menteri luar dan Mehmet Simsek, yang menduduki kerusi timbalan perdana menteri walaupun tidak jelas jika beliau masih bertanggungjawab dalam ekonomi.

Volkan Bozkir, menteri bertanggungjawab dalam hubungan dengan Kesatuan Eropah, digantikan Omer Celik, seorang anggota pengasas AKP yang terkenal rapat dengan presiden.

Sementara itu, menantu lelaki Erdogan, Berat Albayrak, kekal dengan jawatannya sebagai menteri tenaga.

Dalam tanda jelas Erdogan akan terus mempengaruhi kerajaan, beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di istananya hari ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA