Erdogan nafi beli minyak dari IS

Erdogan nafi beli minyak dari IS

ANKARA, 27 Nov (AFP) – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan dakwaan Russia bahawa negaranya membeli minyak daripada kumpulan militan Daesh (IS), sambil menegaskan perjuangan menentang IS tidak boleh dipertikaikan.

“Malu. Mana-mana pihak yang mengatakan bahawa kita membeli minyak daripada Daesh (IS) bertanggungjawab untuk membuktikannya. Jika tidak, anda adalah pemfitnah,” katanya.

Erdogan berkata, Russia adalah pembekal sumber tenaga terbesar Turki, diikuti Iran. Erdogan juga menafikan dakwaan Russia bahawa Turki bekerjasama dengan IS.

Erdogan menafikan dakwaan negaranya menjalankan urusan pembelian minyak dengan pihak IS. - Reuters
Erdogan menafikan dakwaan negaranya menjalankan urusan pembelian minyak dengan pihak IS. – Reuters

“Pendirian Turki terhadap Daesh sangat jelas sejak dari awal lagi. “Tiada persoalan di sini.

Tiada pihak mempunyai hak untuk mempertikaikan perjuangan negara kita terhadap Daesh atau menyalahkan kami,” kata Erdogan dalam ucapannya kepada pegawai tempatan di istana presiden di Ankara.

ARTIKEL YANG SAMA