Erdogan terus mara

Erdogan terus mara

ISTANBUL, 29 Okt (AFP) – Kegagalannya pada pilihan raya bulan Jun lalu mengundang tajuk akhir yang mengisytiharkan ‘permulaan pengakhiran’

Namun Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melawan balik, dalam usaha untuk mengembalikan cengkaman kuasa mutlak dalam pengundian baru Ahad lalu selepas partinya, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) hilang majoritinya lima bulan lalu.

Bagaimanapun tinjauan pendapat hampir sepakat, di sebalik kesan sampingan dari pengeboman besar Ankara bulan ini dan kebangkitan semula konflik berdarah Kurdis, rakyat Turki mungkin mengundi hari Ahad ini seperti mereka mengundi pada 7 Jun.

Dan Erdogan tidak menunjukkan tanda pengunduran tentang apa yang pengkritik lihat sebagai kepemimpinan yang semakin autokratik, dan sekali lagi terus menyerang untuk mendiamkan saingan-saingan dan media yang mengkritik.

Erdogan terus berusaha mengembalikan kuasa mutlak selepas kegagalannya pada pilihan raya Jun lalu. - Reuters
Erdogan terus berusaha mengembalikan kuasa mutlak selepas kegagalannya pada pilihan raya Jun lalu. – Reuters

Polis rusuhan semalam telah menyerbu stesen televisyen milik sebuah konglomerat yang dituduh mempunyai hubungan dengan musuh ketat Erdogan, Fethullah Gulen yang menetap di AS, satu langkah yang mengejutkan sekutu-sekutu Turki dan juga kumpulan hak asasi.

“Penganiayaan ke atas saluran pengamal media yang mengkritik telah mencecah tahap amat membimbangkan kerana pilihan raya,” kata Johann Bihr dari Reporters Without Borders.

Jika parti konservatif berasaskan parti Islam, AKP gagal memenangi majoriti Ahad ini ia akan terpaksa bergabung dengan sebuah atau lebih parti-parti lain yang meraih undi cukup untuk berada dalam parlimen – atau mengadakan satu lagi pilihan raya.

Selepas kerajaan satu parti selama 13 tahun, keputusan pada bulan Jun adalah tamparan hebat kepada Erdogan yang berkarisma, pemimpin paling berpengaruh sejak pengasas moden Turki Mustafa Kemal Ataturk.

ARTIKEL YANG SAMA