Eric Baily sertai Man United

Eric Baily sertai Man United

LONDON, 8 Jun – Pemain pertahanan muda Ivory Coast, Eric Bailly menjadi pemain pertama yang ditandatangani era Jose Mourinho di Manchester United dan bukan penyerang veteran Sweden Zlatan Ibrahimovic menurut laporan-laporan media Britain hari ini.

Pemain pertahanan 22 tahun Villareal itu, yang menjaringkan salah satu sepakan penalti yang membuatkan Ivory Coast memenangi Piala Afrika 2015 dilaporkan menelan belanja AS$43.7 juta.

Bailly, yang berhijrah ke Sepanyol di usia 17 tahun apabila dia menyertai musuh Villareal iaitu Espanyol, begitu kagum pada musim lepas apabila pihaknya hanya membenarkan jaringan bolos 35 gol dalam 38 perlawanan liga dan juga mara ke Liga Europa separuh akhir.

Gambar fail – Eric Baily menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh Jose Mourinho. – AFP
Gambar fail – Eric Baily menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh Jose Mourinho. – AFP

Baily yang membelanjakan Villareal hanya 4.4 pound apabila dia menyertai dari Espanyol tahun lepas, akan perlu memperbaiki disiplinnya ketika berada dalam padang kerana telah dilayangkan kad 10 kali musim lepas dan dibuang padang sekali.

Ibrahimovic telah dikaitkan untuk berpindah ke United, yang meninggalkan juara Perancis Paris Saint Germain pada akhir musim lepas di mana dikhabarkan dia mempunyai hubungan baik dengan Mourinho di pihak Itali, Inter Milan.

Bagaimanapun, penyerang berusia 34 tahun itu yang ketika ini berlatih bersama skuad Sweden bagi Euro 2016 telah membuatkan orang ramai berteka-teki adakah dia akan memasuki United atau tidak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA