Ericsson akan kurangkan 3,000 pekerja dalam transformasi terbesar

Ericsson akan kurangkan 3,000 pekerja dalam transformasi terbesar

STOCKHOLM, 4 Okt – Pembuat peralatan Telecoms, Ericsson hari ini mengesahkan laporan media baru-baru ini yang ia akan mengurangkan 3,000 jawatan di Sweden, termasuk dalam pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata yang ia juga akan merancang untuk mengupah 1,000 orang dalam penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun akan datang, ketika syarikat itu menjalani ‘transformasi besar-besaran’.

“Kami terus menumpukan pada penyelidikan dan pembangunan, dan sejak beberapa tahun, kebanyakan pekerja Ericsson bekerja dalam bidang pembangunan perisian dan perkhidmatan, daripada pengeluaran perkakasan,” kata ketua eksekutif Jan Frykhammar dalam satu kenyataan.

“Langkah itu adalah perlu untuk menjamin kompetitif jangka panjang Ericsson serta teknologi dan kepimpinan perkhidmatan,” ujarnya.

Jan Frykhammar (kiri) dan ketua teknik dan strategi syarikat itu, Ulf Ewaldsson ketika menyampaikan sidang media di ibu pejabat di Stockholm, Sweden. – AFP
Jan Frykhammar (kiri) dan ketua teknik dan strategi syarikat itu, Ulf Ewaldsson ketika menyampaikan sidang media di ibu pejabat di Stockholm, Sweden. – AFP

Syarikat itu pada masa ini menggaji sekitar 16,000 orang di Sweden dan kira-kira 116,000 di seluruh dunia.

Pengurangan kerja sekitar 3,000 itu akan menjejaskan sekitar 1,000 kedudukan dalam pengeluaran, 800 dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta kira-kira 1,200 dalam operasi lain, ujarnya.

Ericsson berkata ia merancang untuk mengurangkan bilangan kedudukan pentadbiran dalam R&D, namun memerlukan kecekapan baru dalam teknologi baru, oleh itu sekitar 1,000 jurutera di Sweden akan diperlukan, terutamanya dari universiti-universiti, selama tiga tahun akan datang.

Ericsson juga berkata ia akan membuat ‘pengurangan kos umum dan me-ngeluarkan kos luaran, terutamanya dengan mengurangkan bilangan konsultan di Sweden sekitar 900 orang, namun juga menerusi pengurangan am dalam perbelanjaan operasi’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA