Ernie Farina terima hidayah

Ernie Farina terima hidayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 21 Ogos – Hasrat seorang wanita Dusun untuk memeluk Agama Islam sejak di bangku sekolah lagi telah tercapai apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di majlis pengislaman yang berlangsung di Bukit Bendera, Tutong.

Menurut Dayang Ernie Farina binti Apat, 26, rakan-rakannya yang ramai beragama Islam telah mempengaruhi kehidupannya dan mencetuskan keinginan untuk mendalami Islam.

Malah, dua orang adik beradiknya juga telah masuk Islam dan impian untuk menjadikan agama suci itu sebagai pegangan hidupnya semakin berkobar-kobar apabila kedua-dua ibu bapanya membenarkannya untuk memilih Islam.

Majlis pengislaman Dayang Ernie Farina yang mengekalkan namanya sebagai Ernie Farina binti Abdul Fattah telah disempurnakan di hadapan Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali yang hadir selaku tetamu kehormat.

Majlis Pengislaman Dayang Ernie (6 kanan) yang dihadiri oleh Awang Wardi dan Yang Berhormat OKMB Haji Othman.
Majlis Pengislaman Dayang Ernie (6 kanan) yang dihadiri oleh Awang Wardi dan Yang Berhormat OKMB Haji Othman.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking.

Majlis dimeriahkan lagi dengan Dikir Marhaban oleh ahli-ahli Persatuan Saudara Baru Daerah Tutong (PESATU). Pusat Dakwah Islamiah telah mencatatkan seramai 75 saudara baru yang memeluk Islam dari Januari 2015 hingga kini, dan majoritinya adalah berbangsa Dusun.

ARTIKEL YANG SAMA