Eropah dilanda telur tercemar

LUXEMBOURG, 10 Ogos – Luxembourg menjadi negara Eropah terkini yang dilanda kebimbangan telur-telur tercemar apabila rangkaian pasar raya utama mengeluarkannya dari rak-rak mereka dan firma-firma lain yang terjejas, kata pihak berkuasa hari ini.

Negara kecil itu adalah negara kelapan yang terjejas selepas telur-telur yang tercemar dengan kimia fipronil ditemui di Belgium, Belanda, Jerman, Sweden, Switzerland , Britain dan Perancis.

Menurut Luxembourg, ia telah memaklumkan Suruhanjaya Eropah, tangan eksekutif 28 negara Kesatuan Eropah, yang menjalankan sistem amaran keselamatan makanan bloc berkenaan.

Rangkaian pasar raya diskaun, Aldi telah mengeluarkan kelompok-kelompok yang disyaki dijual di Luxembourg, namun “telur-telur tercemar telah dijual di pasaran Luxembourg,” umum kerajaan itu.

Satu kelompok mengandungi banyak fipronil yang tidak selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak, menurut keterangan kerajaan itu. Kelompok itu tidak menimbulkan ancaman kepada para pelanggan, tambahnya.

Amaran mengenai telur tercemar pada pasar raya yang terjejas di Eropah. – AFP
Amaran mengenai telur tercemar pada pasar raya yang terjejas di Eropah. – AFP

Aldi pada awal bulan ini mengeluarkan semua telur Belandar dari pasar-pasarnya di Jerman.

Sementara itu, ujian-ujian mendapati “kuantiti kecil” fipronil dalam telur-telur yang dijual di rangkaian pasar raya Cactus, Luxembourg, yang pada asalnya datang dari Belanda, kata kerajaan itu.

Dua pembekal penyedia makanan dari Luxembourg, Caterman dan Carnesa juga melaporkan telah menerima beberapa karton cecair telur dari satu sumber tercemar di Belgium.

Beberapa telur telah digunakan dalam daging kisar namun barangan itu telah dikeluarkan, kata mereka.

“Oleh itu tiada lagi produk-produk dalam pasaran,” seorang jurucakap kerajaan berkata.

Fipronil biasanya digunakan dalam produk-produk veterinar untuk membuang kutu dan tungau, namun diharamkan oleh EU untuk digunakan merawat haiwan-haiwan bagi konsumsi manusia seperti ayam.

Dalam kuantiti besar, racun serangga itu dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia “sederhana bahaya” dan boleh memberikan kesan-kesan bahaya pada buah pinggang, hati dan kelenjar tiroid. – AFP