Eropah hantar dua satelit

Eropah hantar dua satelit

KOUROU, 11 Sept (AFP) – Eropah menghantar dua satelit masuk ke ruang angkasa hari ini ketika ia menekan program satnav Galileo yang tertangguh untuk berfungsi semula.

Orbit 9 dan 10 telah dilancarkan dari pelabuhan ruang angkasa Eropah, Kourou, French Guyana, pada 0208 GMT – membawa sistem navigasi satelit satu pertiga perjalanan untuk penempatan penuh.

Dua satelit berjaya ditempatkan dalam orbit, menurut operator program ruang angkasa, Arianespace.

“Misi itu telah menjadi satu kejayaan mutlak,” kata Stephane Israel.

Projek itu, pesaing kepada GPS Amerika bagi navigasi dan perkhidmatan mencari dan menyelamat akan menempatkan 30 satelit, termasuk enam gantian.

Namun ia telah ditimpa oleh penangguhan, masalah teknikal dan isu bajet yang akan menjadi persoalan sama ada ia akan memenuhi tamat tempohnya untuk mula beroperasi tahun depan.

Suruhanjaya Eropah, yang membiayai projek itu, berhasrat untuk memiliki 16 satelit dalam orbit menjelang akhir 2016 untuk mula menyediakan perkhidmatan awal satnav, termasuk aplikasi bagi telefon pintar, navigasi dalam kereta dan lokasi mencari dan menyelamat.

Pada Mac pelancaran satelit tujuh dan lapan telah ditangguhkan selama tiga bulan bagi siasatan ke atas kemalangan kecil tahun lepas.

Insiden itu disalahkan ke atas saluran bahan api yang membeku dalam peringkat keempat roket Soyuz, digelar Fregat – satu masalah ESA katakan telah diperbaiki. Faivre mengatakan penempatan penuh itu akan memakan belanja kira-kira tujuh bilion euro ($7.9 bilion), dengan 500 juta euro akan dibelanjakan setiap tahun untuk pengekalan, operasi dan pembaharuan satelit-satelit.