Eropah mulakan kelayakan Piala Dunia

Eropah mulakan kelayakan Piala Dunia

PARIS, 2 Sept – Lapan minggu selepas Eder menjaringkan gol kemenangan pasukan Portugal pada final Euro 2016 menentang Perancis, negara-negara Eropah memulakan laluan ke Piala Dunia Rusia 2018 Ahad ini, di mana 24 buah pasukan yang menyertai Euro, 10 daripadanya sejak itu bertukar jurulatih.

Sebagai tuan rumah, mereka tidak terlibat dalam kelayakan, tetapi Eropah selebihnya akan bersaing bagi merebut sembilan tempat kelayakan secara terus, sementara lapan pasukan kedua terbaik akan beraksi dalam play-off pada November 2017 untuk bersaing bagi empat kemunculan selebihnya.

Bekas penjaga gol antarabangsa Julen Lopetegui menggantikan Vicente del Bosque dalam pasukan yang memenangi Piala Dunia 2010, Sepanyol. Dia memulakan dengan aksi pembukaan Kumpulan G di laman sendiri menentang Liechtenstein sebelum kunjungan ke Itali pada Oktober.

Azzurri menyingkirkan Sepanyol dalam 16 kelompok terakhir dalam persaingan Euro sebelum tewas menerusi sepakan penalti kepada Jerman pada suku akhir.

Sejak itu, Giampiero Ventura, 68, hadir dari Torino menggantikan Antonio Conte yang menuju Stamford Bridge bersama Chelsea dan persaingan pertamanya adalah di Israel Isnin depan. – AFP