Eropah peluang Chelsea

Eropah peluang Chelsea

LONDON, 15 Sept (AFP) – Chelsea mempunyai peluang keemasan untuk mengekalkan keyakinan diri apabila bertemu Maccabi Tel Aviv dalam aksi pembukaan dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara esok.

Jaguh Liga Perdana itu mengalami kekalahan keempat dalam enam perlawanan apabila tewas 3-1 di Everton Sabtu lalu.

Pengurus Jose Mourinho berkata, dia tidak tertekan selepas perlawanan itu tetapi menurut laporan media, dia menyelar pengurus Everton Roberto Martinez selepas terpaksa menunggu sidang media selepas perlawanan itu.

Sebelum itu, Mourinho mengakui keputusan tidak memuaskan adalah paling teruk dalam kariernya, namun menambah dia adalah lelaki yang akan menerajui Chelsea keluar daripada kelemahan mereka itu.

Pengurus dariPortugal itu juga bergaduh dengan doktor kelab Eva Carneiro dan berbalah secara terbuka dengan musuh lamanya Arsene Wenger selepas tewas kepada Arsenal pada acara pembukaan musim Perisai Komuniti di Wembley.

Chelsea bakal bertemu Israel esok setelah tewas dalam dua perlawanan terakhir liga mereka. Kelab London itu sekali lagi tanpa penjaga gol yang tercedera, Thibaut Courtois yang cemerlang apabila memenangi Liga Perdana musim lalu.

Maccabi kembali kepada perlawanan buat pertama kali sejak 2004-05 selepas berjaya melalui pusingan kelayakan, hampir keseluruhannya kerana penyerang Eran Zahavi yang telah menjaringkan 12 gol musim ini.

Meskipun jaguh Eropah 2012 dan Maccabi tidak pernah bertemu, jurulatih pasukan yang bertandang, Slavisa Jokanovic dan pertahanan Tal Ben Haim mengetahui kesemua tentang kelab Stamford Bridge.

Jokanovic, yang pernah menjadi pengurus apabila Watford mara ke Liga Perdana musim lalu, pernah bermain untuk Chelsea selama dua tahun.

Dia telah membuat 53 kemunculan dalam posisi tengah dan bermain bersama John Terry, manakala Ben Haim juga pernah beraksi di Bridge, muncul 23 kali bagi pasukan Blues.

ARTIKEL YANG SAMA