Eropah sudah tidak mampu lagi

Eropah sudah tidak mampu lagi

BERLIN, 26 Nov (Reuters) – Negara Eropah tidak lagi berdaya menerima kedatangan pelarian atau pendatang baru disebabkan krisis yang semakin meruncing, kata Perdana Menteri Perancis Manuel Valls dipetik akhbar Jerman, semalam.

“Kita tidak mungkin lagi mampu menerima pelarian di Eropah. Memang tidak mampu. Kesatuan Eropah (EU) mesti mengetatkan kawalan sempadannya kerana itu akan menentukan nasib kita semua di dalam EU,” katanya kepada akhbar Sueddeutsche Zeitung.

Kenyataan itu disiarkan media beberapa jam sebelum Canselor Jerman, Angela Merkel dijadualkan menemui Presiden Perancis Francois Hollande di Paris.

Sebilangan pendatang dan pelarian menyeberangi sempadan Greece-Macedonia berhampiran Idomeni semalam. – AFP
Sebilangan pendatang dan pelarian menyeberangi sempadan Greece-Macedonia berhampiran Idomeni semalam. – AFP

Ada pihak menuduh keputusan Angela membuka sempadan Jerman kepada pelarian Syria, September lalu, menyebabkan lebih ramai pendatang ke Eropah.

Isu itu semakin ‘panas’ rentetan serangan pengganas di Paris pada 13 November lalu yang menimbulkan kebimbangan militan Negara Islam (IS) mengeksploitasi krisis pendatang itu untuk menghantar pejuangnya ke Eropah.