Eropah tuntut perpisahan segera Britain

Eropah tuntut perpisahan segera Britain

LONDON, 26 Jun (AFP) – Kuasa Eropah semalam menuntut pemisahan segera tatkala pengundian Britain untuk meninggalkan EU mencetuskan perbalahan perpisahan di dalam dan luar negara.

Warga Britain telah mengetepikan amaran pemulauan dan krisis ekonomi untuk mengundi 52 peratus berbanding 48 peratus untuk menyokong perpisahan daripada Kesatuan Eropah dalam referendum pada 23 Jun.

Pengundian bersejarah itu, dilakukan dalam bidang ekonomi dan imigresen, mengguling Perdana Menteri David Cameron, menjejas mata wang sterling dan mendorong Moody’s untuk menurun taraf prospek pemeringkatan kredit Britain kepada ‘negatif’.

Ia mendedahkan perpecahan di dalam Britain juga, tatkala lebih dua juta orang meminta undi baru diadakan dan sokongan terhadap kemerdekaan Scotland meningkat.

Cameron berkata beliau akan tinggal sehingga seorang pengganti ditemui dalam parti pemerintah Konservatifnya, yang mungkin mengambil masa sehingga Oktober, di mana perdana menteri baru itu akan melancarkan rundingan pengunduran EU.

Namun kuasa Eropah menggesa Britain supaya jangan menangguhkan di tengah kebimbangan kesan domino undi keluar di negara anggota yang tidak suka euro mungkin menjejas integriti blok.

“Kami bersatu dalam mengatakan bahawa proses ini mesti bermula dengan secepat mungkin supaya kami tidak berakhir dalam tempoh tidak pasti yang berlarutan,” kata Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier selepas satu mesyuarat di Berlin.

ARTIKEL YANG SAMA