ESCA bersihkan Pantai Belait

ESCA bersihkan Pantai Belait

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 31 Julai – Sebagai sebahagian daripada Program Gaya Hidup Sihat (HLP), Syarikat ESCA Marine Engineering Sdn Bhd, hari ini, telah mengadakan projek membersihkan Pantai Belait, yang disertai oleh seramai 20 kakitangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Awang Masrhiem Taufik semasa ditemui selepas acara tersebut berkata, projek pembersihan di bawah HLP ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mencapai tema objektif persekitaran bagi bulan ini.

“Setiap bulan kami akan mengadakan satu acara berdasarkan tema di bawah HLP, kami mempunyai empat objektif berasingan iaitu objektif kesedaran dalam kesihatan, keselamatan, persekitaran, kerja berpasukan dan ‘fun’. Bagi bulan ini kami ingin mencapai objektif kesedaran terhadap persekitaran,” jelasnya.

Projek mengumpul sampah-sampah dan membersihkan pantai tersebut turut disokong di bawah seliaan Pengasas Beach Bunch, Awang Rizan Latif yang juga hadir bagi membantu usaha syarikat tersebut awal pagi tadi.

Kakitangan ESCA membawa sampah-sampah yang telah dikutip.
Kakitangan ESCA membawa sampah-sampah yang telah dikutip.

Menerusi projek itu, kakitangan syarikat berkenaan telah berjaya mengumpulkan 215kg.

Awang Masrhiem menambah, menerusi projek itu kakitangan ESCA Marine Engineering Sdn Bhd akan dapat mempelajari mengenai pentingnya menjaga alam persekitaran dan merancang untuk mengadakan acara seumpama ini di bulan-bulan akan datang di bawah tema-tema yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA