Esscom patahkan 15 cubaan culik

Esscom patahkan 15 cubaan culik

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan 15 cubaan culik di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 2014 hingga Mei tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, ia termasuk cubaan enam penculikan yang dipatahkan sejak Januari hingga Mei tahun ini.