Esscom tahan ...

Esscom tahan lelaki Filipina cuba seludup keluar minyak petrol

LAHAD DATU, 13 Jan – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan seorang lelaki warga Filipina selepas cuba menyeludup keluar 25 jerigen disyaki berisi petrol di perairan Pulau Omadal di Semporna pada Rabu malam.

Komandernya, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berumur 55 tahun yang berasal dari Kepulauan Tawi-Tawi itu ditahan Pasukan Polis Marin Semporna ketika membuat rondaan di perairan itu kira-kira pukul 7:40 malam.

“PPM yang terserempak dengan bot pam mencurigakan telah menahan dan memeriksa bot berkenaan, didapati suspek membawa 16 jerigen mengandungi 480 liter (bahan api) bersama sembilan jerigen lagi mengandungi 225 liter (bahan api) disyaki bagi tujuan menyeludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek dan hasil rampasan termasuk sebuah perahu telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA