Ethiopian Airlines buka laluan ke Istanbul

Ethiopian Airlines buka laluan ke Istanbul

ADDIS ABABA, 20 Mei (NNN) – Ethiopian Airlines akan mula membuat penerbangan ke Istanbul musim sejuk ini, kata ketua pegawai eksekutif penerbangan itu, Tewolde Gebremariam.

Penerbangan ke bandar Turki itu “akan memangkinkan lagi penyaluran para pelabur dari kedua-dua negara dan membuatkan perniagaan mereka lebih mudah memandangkan negara itu dalam kalangan ekonomi paling pesat berkembang,” katanya kelmarin.

Menurut Tewolde, perkhidmatan ke Istanbul akan melengkapkan khidmat harian yang disediakan oleh rakan Ethiopian Star Alliance, Turkish Airlines.

“Laluan penerbangan baru kami juga membolehkan pelanggan-pelanggan kami untuk membuat hubungan langsung ke 52 destinasi Afrika dengan waktu minimum dalam menghubungkan masa di Addis Ababa,” tambahnya.

Ethiopian Airlines juga akan melancarkan tiga kali dalam seminggu penerbangan ke New York-Newark dalam masa terdekat.

Ethiopian Airlines adalah syarikat penerbangan paling pesat berkembang di Afrika. Ia adalah pengangkut Pan-Afrika global yang menyediakan lebih penerbangan ke lebih 92 destinasi antarabangsa di seluruh lima benua dan mengendalikan penerbangan termuda di Afrika dengan kurang daripada usia purata industri lima tahun.

ARTIKEL YANG SAMA